Wednesday, April 29, 2009

Kerja bodoh adalah memberi senjata kepada musuh

RAMAI yang terkedu dengan 'kelantangan' Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga AJK Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyerang 'pembantu ayahanda’ dalam blog beliau.

Setakat ini usaha pemberita Harakah Kelantan untuk mendapatkan penjelasan beliau masih gagal. Malahan telefonnya tidak diangkat.

Sekonyong-konyong kenyataan beliau bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam tulisannya itu disiarkan oleh Utusan Malaysia - akhbar yang selama ini sering memutarbelitkan dan mencemarkan reputasi ayahandanya.

Nik Abdul dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata:

"Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

"Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.

"Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama."

Begitulah bersemangatnya Nik Abduh dalam membodohkan rakan-rakan sejemaahnya.

Diberitakan juga, ayahanda Nik Abdul yang sedang menunaikan umrah telah menelefon dari Mekah dan memintanya memberi penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.

Kata Nik Abduh, biarpun ramai yang marah malah mengecamnya kerana tulisan tersebut, beliau terpaksa melakukannya kerana bimbang ‘pembantu-pembantu’ terbabit mengancam keutuhan parti tersebut yang dipimpin oleh ulama.

“Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan antara ulama. Inilah kerja bodoh! Saya maksudkan kerja seperti ini dan tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

“Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua berasa tidak tenteram. Saya menyerang pada puncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya, anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan,” kata Nik Abduh.

Tidak diketahui setakat mana tulisan Nik Abduh itu dapat 'menyatukan' dan 'menenangkan' PAS. Apa yang jelas, ayahandanya yang sedang menunaikan umrah di Tanah Suci juga tidak tenang dengan pergolakan yang dicetuskan oleh Nik Abduh.

Memang enak untuk melabelkan orang lain sebagai bodoh tetapi sebenarnya kebodohan tahap tertinggi adalah memberi senjata kepada musuh!

2 comments:

anti utusan said...

kau pun bodoh jugak ahmad tajdid, ambik tulisan dari utusan, mmg la dh terpesong maksud asalnya, cuba baca betul2 apa yg nik abduh tulis, insyallah ko takkan ditipu daya oleh mainan utusan yg disuruh boikot oleh pemimpin PAS...

anti bodoh said...

anti utusan

ko lagi le bodoh. kalau cerdik sangat bagi tau Ustaz Nik Abduh jangan bagi statement kepada utusan.

atau kalo utusan report tak betul, saman le kalo dah terer sangat.

bodoh tahap cipan

orang anti utusan dia pun anti utusan sedangkan pemimpin besar Pas seperti Nik Abduh memberi statement kpd utusan..

About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
Anak kelahiran Melaka. Mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka. Meneruskan pengajian tertiari di dalam negara. Masih gagal membebaskan diri daripada dunianya - politik...