Seputeh, Teresa Kok terhadap Utusan Melayu, timbul pula isu
Tabung Azan...
Idea ini dicetuskan seorang Ketua Umno Bahagian Cheras bernama
Datuk Syed Ali Alhabshee.
Menurut si Ali, Tabung Azan itu ditubuhkan untuk membiayai dan
melatih muazzin (bilal) muda untuk melaungkan azan di surau dan
masjid.
"Kita nak beritahu mereka (DAP) bahawa kita mampu membentuk dan
melatih muazzin muda kerana kita rasa tercabar orang yang
mempertikaikan laungan azan," kata Syed Ali ketika dihubungi
akhbar portal Malaysiakini.
Begitulah bersemangatnya Ali untuk mempertahankan azan.
Hinggakan cerita tidak benar tentang Teresa dan DAP yang
kononnya mempertikaikan azanpun hendak dimarakkan.
Sebelum isu Tabung Azan ini dipanjangkan, elok rasanya Ali dan para penyokongnya merenung kembali tujuan azan itu disyariatkan. Ini penting agar beliau tidak berbuat sesuatu yang bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi mencemarkan imej Islam yang cuba dipertahankannya.Azan adalah seruan untuk orang Islam menunaikan solat. Walaupun
hukumnya sunat, azan adalah kaedah yang ditetapkan syarak untuk
memberitahu masuknya waktu. Apa yang lebih utama, azan adalah
mekanisme yang digunakan untuk mengumpulkan umat Islam
menunaikan solat fardu secara berjamaah - di masjid atau di
surau. Hukum solat berjamaah adalah fardu kifayah. Maksud
mudahnya, "orang lain buat, kita tak payah". Jika tidak
dilakukan oleh sesiapapun, semua orang Islam yang mukallaf akan
mendapat dosa.
Memang hasrat melatih tukang azan atau bilal muda itu satu yang
terpuji. Tetapi adakah si Ali sudah mengkaji perkara yang lebih
utama iaitu berapa ramaikan umat Islam yang secara konsisten
menyahut seruan azan iaitu berjamaah di masjid dan surau
selepas azan dikumandangkan?
Dan yang lebih utama, adakah si Ali tergolong dalam golongan
mereka yang berjamaah di masjid atau surau selepas azan di
kumandangkan?
Si Ali juga mensasarkan untuk mengutip RM30 juta bagi
bermegah-megah dengan DAP yang didakwanya sebagai anti-Azan.
"Untuk tunjuk kepada (ahli Parlimen Seputeh) Teresa (Kok),
orang Melayu nampak kuat," jelasnya lagi.
Cuba bayangkan apa yang boleh kita capai jika peruntukan RM30
juta itu digunakan untuk usaha dakwah mengajak umat Islam ke
masjid dan surau menunaikan solat fardu berjamaah?
Oleh itu, Ali perlu memikirkan masak-masak rancangannya itu.
Janganlah kerana terlalu ghairah maka semua masjid dan surau di
negara ini dibekalkan sistem pembesar suara berkuasa tinggi,
tetapi bilangan jamaahnya boleh dikira dengan jari.
No comments:
Post a Comment