DAN jika kamu tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. [An Nisaa: 3]
Poligami bukanlah sesuatu yang taboo (terlarang) dalam masyarakat
Islam walaupun jarang diamalkan. Nas utama membolehkan amalan
poligami disandarkan kepada ayat 3 surah an-Nisaa seperti diutarakan
di atas.
Bagaimanapun kewajaran amalan poligami masih diperdebatkan bukan
sahaja di kalangan pengkritik Islam, malah dilingkaran dalaman umat
Islam. Turki, sebuah negara umat Islam yang berpegang kepada
Perlembagaan sekular tinggalan Mustafa Kamal Atarturk mengharamkan
terus poligami.
Indonesia, negara umat Islam terbesar dunia dengan lebih 250 juta
penduduk mengenakan larangan kepada kakitangan awam untuk
berpoligami melalui undang-undang yang diluluskan pada 1983.
Agensi berita AP melaporkan Menteri Negara Pemberdayaan Perempuan,
Dr Meutia Ferida Hatta Swasino, berkata Indonesia sedang menimbang
untuk meluaskan larangan berpoligami itu kepada para menteri, Ahli
Parlimen dan gabenor.
Negara itu kini sedang dihangatkan dengan perbahasan umum berhubung
buruk baiknya poligami setelah seorang penceramah agama dan
personaliti TV terkenal, Aa Gym membuat pengakuan terbuka bahawa
beliau sudahpun beristeri satu lagi!
Aa Gym 'dibelasah' teruk oleh media cetak dan elektronik negara itu
kerana keterlanjurannya mengaku berpoligami. Lelaki di negara itu
hanya mampu berpoligami dengan aman jika isteri pertama tidak dapat
memenuhi kehendak sekssual suami kerana sakit yang tiada harapan
untuk sembuh, gila atau mandul.
Sehingga kini, pandangan umum berhubung poligami di Indonesia
dijuarai oleh kumpulan yang menentang. Poligami bukan sahaja
mendapat tentangan kelompok Islam Liberal, malah dipertikaikan Dra.
Maria Ulfah Anshori, ketua umum Fatayat Nahdhatul Ulama (NU) yang
mendakwa Rasulullah akan melarang poligami jika hidup pada zaman
ini!
Malah Maria mendakwa, mantan Ketua Umum NU yang juga mantan Presiden
Republik Indonesia, Gus Dur, ketika berucap di hari peringatan
Kartini (hari memperingati pejuang wanita Indonesia, Raden Adjeng
Kartini) di Solo lewat tahun 2002 menyifatkan lelaki yang
mempraktikkan poligami "sesungguhnya tidak paham al-Quran".
"Kalau Gus Dur saja berbicara sedemikian, apalagi saya sebagai
seorang perempuan," kata Maria tatkala diwawancara pemuka Islam
Liberal, Ulil Abshar-Abdalla.
Ironinya, perbincangan hangat berhubung jeleknya berpoligami timbul
di saat negara itu digegarkan dengan skandal seks membabitkan
anggota Dewan Perwakilan Rakyatnya, Yahya Zaini dengan seorang artis
dangdut, Maria Eva. Gambar hubungan seks mereka yang dirakam melalui
telefon bimbit disebar menerusi internet dan MMS.
Yahya Zaini, yang menanggung aib telah menulis surat perletakan
jawatan sebagai Ketua Bidang Kerohanian DPP Partai Golkar dan
Setiausaha Fraksi Partai Golkar. Surat yang ditujukan kepada
Pengerusi Golkar yang juga Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla
menyatakan kekesalannya terhadap insiden yang memalukan Golkar.
Dewan Pimpinan Pusat Golkar mengharapkan Yahya untuk segera
meletakkan jawatan dari keanggotaan DPR - langkah yang boleh
menyelamatkan imej Golkar daripada keaiban serius.
Insiden ini bagaimanapun tidak banyak mendatangkan kesan kepada
Maria Eva walaupun ibunya dilapor mengurung diri di rumah kerana
malu. Maria Eva yang sudahpun dua kali menunaikan haji dan pernah
mengaku masih dara tidak mahu mengahwini Yahya kerana "prinsipnya
yang menentang poligami".
Rata-rata pandangan menentang poligami di Indonesia menyandarkan
hujah tentang peri mustahilnya seorang suami yang beristeri dua,
tiga dan empat untuk berlaku adil.
Berhubung perkara ini, eloklah dipetik pandangan Sheikh Yusuf
al-Qaradhawi dalam bukunya "Halal dan Haram Menurut Pandangan Islam"
sebagai rujukan.
Syarat yang ditentukan Islam untuk poligami ialah terpercayanya
seorang muslim terhadap dirinya, bahwa dia sanggup berlaku adil
terhadap semua isterinya baik tentang soal makannya, minumnya,
pakaiannya, rumahnya, tempat tidurnya maupun nafkahnya. Siapa yang
tidak mampu melaksanakan keadilan ini, maka dia tidak boleh kahwin
lebih dari seorang.
Firman Allah:
"Jika kamu tidak dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang saja."
(an-Nisa': 3)
Dan bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barang siapa mempunyai isteri dua, tetapi dia lebih cenderung
kepada yang satu, maka nanti di hari kiamat dia akan datang menyeret
salah satu lambungnya dalam keadaan jatuh atau miring." (Riwayat
Ahlulsunan, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
Yang dimaksud cenderung atau condong yang diancam oleh hadis
tersebut, ialah meremehkan hak-hak isteri, bukan semata-mata
kecenderungan hati. Sebab kecenderungan hati termasuk suatu keadilan
yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Oleh karena itu Allah
memberikan maaf dalam hal tersebut. Seperti tersebut dalam
firman-Nya:
"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isterimu
sekalipun kamu sangat berkeinginan, oleh karena itu janganlah kamu
terlalu condong." (an-Nisa': 129)
Oleh karena itu, setelah Rasulullah (s.a.w.) membahagi atau
menggilir dan melaksanakan keadilannya, kemudian beliau berdoa:
"Ya Allah! Inilah giliranku yang mampu aku lakukan. Maka janganlah
Engkau seksa aku berhubung sesuatu yang Engkau mampu laksanakan
tetapi aku tidak mampu melaksanakan." (Riwayat Ashabussunan)
Tiada kesimpulan paling konkrit dapat dibuat daripada artikel ini.
Bagaimanapun menolak poligami dengan apa jua alasan bererti menolak
sesuatu yang dihalalkan Allah SWT.
Kes yang berlaku di negara jiran membuktikan bagaimana maksiat dan
kemungkaran berlaku kerana keterlanjuran manusia menolak sesuatu
yang dihalalkan Allah.
Bagaimana pula dengan negara kita. Dakwaan hubungan sumbang
membabitkan Ahli Parlimen Gombak dengan seorang Ahli Dewan Negara
Selangor bagaikan tenggelam dengan isu Rufaqa, Aurad Muhammadiah dan
'hantu Al-Arqam yang bangun dari kubur JAKIM'.
Bezanya, senator wanita Umno itu bukanlah wanita yang mengaku masih
dara, tetapi isteri orang. Anak pemimpin Umno negeri itu masih mampu
menari di satu majlis terbuka di Klang tanpa risau dan malu ketika
skandalnya dibincangkan hingga ke mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Klon Maria Eva rupa-rupanya ada di sini!
No comments:
Post a Comment